Sunday, August 17, 2008
Hari Penamaan Calon Anwar Sudah Menang Besar
BAHANA jalan raya mengecewakan saya untuk menyaksikan secara keseluruhan dan live suasana dihari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh yang dilangsungkan di Institiut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Martajam. Lebih tiga jam saya terperangkap di atas jambatan Pulau Pinang. Kesesakan bermula dari atas jambatan hinggalah ke persimpangan untuk masuk ke Permatang Pauh. Silapnya kerana diri sendiri kerana tidak berlepas awal.
Apa yang dapat dilakukan hanya menghubungi kawan-kawan yang sudah pun berada di tempat penamaan calon sejak awal pagi. Telefon dari luar juga bertalu-talu masuk, semuanya ingin mengetahui perkembangan proses penamaan calon itu dari masa ke semasa. Agak susah dan sedih juga apabila penjenguk blog sudah menjadikan saya sebagai news agensi mereka!
Bila mereka jenguk blog tidak ada laporan ada yang memberanikan diri menghubungi secara langsung untuk mengetahui perkambangan. Kepada mereka saya minta maaf dan terima kasih kerana terus memberi perhatian kepada blog saya.
Akhirnya sampai ke kemuncak jam 10:00 setelah tempoh penamanaan calon tamat. Pemanggil yang berada di lokasi memberi tahu kedudukan kekuatan penyokong masing-masing dengan nisbah 15: 1. Ada yang angka kekuatan Pakatan Raktat 20,000 manakala BN hanya 3,000. Ada yang melaporkan kekuatan PKR 50,000 manakala BN hanya 5,000 dan ada yang ekstrime mengatakan kekekuatan PKR hampir 100,000 manakala BN tidak sampai 2,500.
Apa yang dilakukan anak muda berkenaan menjelaksan betapa bersemangat dan kentalnya penyokong PKR dan Anwar. Saya tidak fikir ada penyokong calon BN, Arif Shah Omar Shah walaupun hanya dari Perlis yang sanggup bermotosikal dengan memakai t-shirt Isa Sabu hanya untuk melihat penamaan calon itu?
Selepas majlis penamaan calon selesai baru saya sampai ke kawasan berkenaan. Jalan raya masih berlaku kesesakan. Hujan yang dikatakan turun menyiram tempat penamaan calon dan Permatang Pauh juga sudah reda. Namun jalan rasa masih penuh dengan kenderaan. Jalan ke luar dari Permatang Pauh semuanya penuh sesak.Derauan motosikal anak muda yang membawa bendera, DAP, PKR dan Pas kelihatan di mana-mana saja. Mereka nampaknya tidak mempedulikan hujan dan panas. Bagi mereka seolah sedang meraikan kemenangan wira mereka, Anwar Ibrahim. Seolah anak-anak muda ini pun memahami perlawan di Permatang Pauh itu bukan antara Anwar dengan BN, tetapi rakyat dengan Barisan Nasional.
Sumber:http://www.msomelayu.blogspot.com


No Response to "Hari Penamaan Calon Anwar Sudah Menang Besar"
Post a Comment